Tuesday 18 December 2012

JoM MeMaKnAkaN DiRi KiTa...



Di kebun buah-buahan pak saudaraku….....

Man: Along, Man nak tebu tu.. 

Aku; Bagitahulah ayah. Minta tolong ayah ambikkan.

Mar: Takpe, biar Mar tolong ambik.

Aku: Eh, tak payahlah. Bukan senang nak ambik tebu tu. Semak samun tu.

Mar: Takpelah Along…emm, kat sekolah Mar dah biasa ambik…Mar selalu minta dengan Ustaz Adam nak ambik tebu kat belakang rumah ustaz…

Deela: Betul-betul…kiteorang selalu ambik tebu kat belakang rumah ustaz Adam.

Ayah : Haaa, siapa yang nak ambik tebu tadi???

(Rupa-rupanya ayah dengar perbualan kami..hehe..)

Aku: Ni, budak tiga orang ni ayah..

Ayah: Mar, ambik parang ni…tapi hati-hati..tebu tu GM.

(Haaaaa??? Kami semua terpana…bukan ke baru ni kite gi GM Plaza?ape kaitan dengan tebu ni???..)

Ayah : tebu tu Gatal Miang (GM)

Hehehe.....tingtoOOOONNNG…teringat pos yang lepas..................................................... http://cactusmerahjambu.blogspot.com/2012/12/rupa-rupanya.html
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Man: Along , apa duduk-duduk ni? Gilah wat keje…banyak lagi rambutan tak isi dalam bakul tu.

Aku: Eh, kejaplah..Along gatallah.banyak kemuncup kat kain ni..dahlah panas!

Man: Ish,ish…Along ni GM lah…
Aku: GM?????
Man: GM tu Generasi Malas…
tingtOOOOOOooongggg………………..dah terkenaaaaa................................................................


Man: hehe… Man GM gak, tp GM lain…he
Aku: Hish.. budak ni pandai pulak memanipulasikan perkataan GM tu…haa apa pulak maksud GM tu kali ni adikku sayaaaangg?
Man : Generasi Maju….haha



TiiiingtOOOOOOONG…terkena lagi……….......................................................................................
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Baiklah….sebenarnya aku bukan saja-saja cerita fasal family aku yang telah memanipulasikan perkataan GM(gatal miang, generasi maju, generasi malas) tu. Alhamdulillah, hatiku telah digerakkan untuk mendapat hikmah kisah yang aku ceritakan tadi…

Ustaz aku pernah cakap, kalau kita melihat sesuatu janganlah lihat dari zahirnya semata-mata, tapi lihatlah dengan pandangan hikmah. So, insyaAllah aku nak ceritakan fasal GM dalam versi pandangan hikmah pula….moga ada manfaatnya.

Ok, korang dah fahamkan cerita perkataan GM yang telah dimaknakan dengan beberapa makna yang berbeza tadi?. Sedangkan ia berasal dari perkataan singkatan yang sama.

Emmm….aku melihat perkataan GM sebagai kita semua sebagai manusia . Kita semua sama sahaja iaitu makhluk Allah. Kita berasal dari air mani. Apa yang membezakan kita adalah cara kita memaknakan diri kita.

Kalau tadi, kita faham bahawa GM telah diertikan dengan makna yang berbeza merangkumi makna negatif dan positif…aku melihat, kita sebagai manusia juga telah berpeluang memaknakan diri kita sendiri…awak semua faham tak apa yang cuba aku maksudkan?…

Baiklah…aku cuba terangkan lagi…bagaimana kita memaknakan diri kita????...pada pendapat aku, seseorang individu itu boleh memaknakan dirinya melalui pelbagai aspek…salah satu contoh aspek yang penting adalah akhlak. Kita boleh memaknakan seseorang itu baik @ tak baik dengan melihat akhlaknya. Mungkin tak perlu lihat orang lain lagi, cuba memaknakan diri kita sendiri dulu(termasuk yang tengah taip ni)….amacam???? bagaimana kita memaknakan diri kita??? …generasi malas? @generasi maju? @gatal miang? @amanah? @soleh?? @panas baran? @cepat putus asa??  @bersungguh-sungguh?.......!@$#$$...sama-sama MUHASABAH........astaghfirullah.

Alhamdulillah, kesimpulan yang dapat aku buat adalah apa pun yang kita dapat melalui memaknakan diri kita, yang paling penting adalah memaknakan diri kita untuk mencapai makam taqwa…itu yang paling penting!!!

 Firman Allah dalam surah al a'araf ayat 26,


Maksudnya: Hai anak Adam, Sesungguhnya kami Telah menurunkan kepadamu Pakaian untuk menutup auratmu dan Pakaian indah untuk perhiasan. dan Pakaian takwa, Itulah yang paling baik. yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, Mudah-mudahan mereka selalu ingat.(7:26)

p/s:Aku masih bukan orang yang layak untuk mentafsir ayat suci ini...jadi, marilah sama-sama kita mengkaji tafsir ayat ini beserta asbabun nuzulnya sekali. lebih baik lagi jika boleh berguru dengan yang ahli. moga-moga, bermanfaat dan iman kita semakin meningkat..Amiin, ya robbal'alamiin...


Si hina:
Wardah Addin
       Cactus Merah Jambu

               

No comments:

Post a Comment