Saturday 15 December 2012

RuPa-RuPaNyA.....



Seusai solat jamak taqdim maghrib dan isyak kami menaiki van menuju ke GM Plaza(tempat shopping).

Deela(adikku):GM (GM Plaza) mewakili perkataan ape ea?
Ayah: GM tu “gatal miang” (dengan spontan)..

TingtoOOOOONG..Kami semua yang dalam van masa tu terdiam seketika…kemudian gelak sakan sama-sama…hehe

Alhamdulillah, jalan tidaklah terlalu sesak. Aku tak sangka pula perjalanan dari tempat penginapan kami di Ampang memakan masa hampir 45 minit untuk ke sana. Sampai sahaja di depan GM Plaza, ayahku kata “patutlah parking banyak kosong rupanya GM Plaza dah tutup”….suasana dalam van sunyi sepi…mungkin masing-masing sedang mengawal rasa kecewa ataupun not feeling anything @#$%^....
 
“Emm..kita nak pergi mana ni?”tanya ayah pula. Yang lain masih senyap…aku memandang ayah....bluuuuurrr... "ya tak ya, kami bukan tahu tempat kat KL ni. Masa pergi dulu pun ayah yang bawa", monolog aku sendirian,mungkin adik-adikku yang lain juga bermonolog seperti aku..hehe.

“Eh, dah sampai” mulutku spontan menyebut apabila ayah memberhentikan van di hadapan sebuah kedai. Rupa-rupanya, ayah bawa kami ke Suria Wholesale(tempat jual barangan dari Negara Arab). Kalau sempat, setiap kali datang KL ayah akan singgah kedai ni untuk beli barangan keperluan rumah kami seperti minyak zaitun, buah zaitun dan manisan Arab..


Di dalam kedai....

“Deela rase macam kat Negara Arablah duk dalam kedai ini” kata adikku Deela dengan wajah ceria..mana tidaknya, mendengar pekerja kedai bercakap bahasa arab(xfaham pun) dan dikelilingi barangan yang penuh dengan tulisan Arab… “Haa,  Deela belajarlah sungguh-sungguh nanti boleh pergi Negara Arab betul-betul”, sambungku sambil berdoa dalam hati agar adikku dapat menjejaki tanah Arab suatu hari nanti..amiin.

Di kaunter bayaran, emak membayar untuk barangan yang telah dipilih iaitu manisan, macaroni dan kuih arab. Kata emak kueh tu sangat sedap..MasyaAllah, memang betul kata emak. Kueh arab tu sangat sedap..kulitnya seperti rasa klit popia dan ditengahnya terdapat manisan yang rasa manis seperti gula.

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga aku,emak dan adik-adik serta Mak Siti (ibu saudaraku) ke kedai Arab yang sering diceritakan oleh ayahku sebelum ini. Anyway, hikmah yang aku dapat pada malam itu adalah Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan Allah sebaik-baik perancang. Walaupun pada awalnya, jauh dari sudut hatiku aku agak kecewa tak dapat pergi GM Plaza namun sekarang aku sangat gembira dapat pergi tempat yang tidak aku rancang untuk pergi ini(Suria Wholesale).  Rupa-rupanya, ada hikmahnya...

ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR!!!!!!!!

ENGKAULAH SEBAIK-BAIK PERANCANG!!!!!!!!!! 


Si hina:
Wardah Addin
       Cactus Merah Jambu


 

   

No comments:

Post a Comment