Saturday 12 January 2013

BiLa HaTi TeRaSa ReSaH…



“Makan kat warung Pak Mad atau Abang Azmi?”

“Warna merah cantik tapi warna hitam pun cantik, nak beli yang mana  ni?”

“Emm, hari esok nak pakai baju mana ea?”

“Semalam, baca al-quran 1 muka surat.Hari ini baca al-quran 2 muka surat. Alhamdulillah hari ini lebih baik dari semalam.”

“Kau tahu baju kat kedai tepi jalan tu mahal gilerr..baik aku beli kat pasar malam je. Rupa lebih kurang jer.”



Sedar atau tidak dalam sehari- hari kita telah banyak membuat penilaian. Macam-macam yang kita kita nilai dari nak pakai baju apa, nak makan apa, nak siapkan kerja yang mana dulu, nak pergi shopping kat mana dan sebagainya.

Emm…tapi ada satu penilaian yang ramai orang suka sangat buat. Apa ekk?...MENILAI ORANG LAIN..aahaa, betul x?

Bila kita tengok seseorang, biasanya kita akan nilai dengan macam-macam cara dan kaedah. Contohnya, riak muka, warna kulit, kecantikan, harta, cara bercakap dan sebagainya…

Kadang-kadang kita tak sedar yang kita tengah menilai seseorang dan biasanya kita juga tak sedar yang syaitan sedang menyucuk jarum sangka buruk(su’ uzzhon) pada orang kita terhadap orang yang sedang dinilai tu.

Contoh dialog yang sering terjadi apabila syaitan telah memulakan kerjanya …

“aku rasa dia tak suka kat akulah, tengok riak muka dia pun aku dah tahu”.

“kenapa dia tak angkat phone ni???macam tak suka kawan dengan aku jer”.

“kau tahu semalam Rissa datang lambat kelas. Aku rasa dia lambat bangun subuh tu.”
entah-entah dia tengah cari jalan nak kenakan kau balik tak?”


Baiklah, sekarang cuba kita perhatikan perkataan yang telah aku warnakan tu? Apa pendapat korang? ….adakah perkataan-perkataan itu menunjukkan kEaDiLaN semasa proses menilai?

rasa@ macam@ entah-entah…Ini cuma sebahagian  contoh perkataan yang digunakan untuk membuat penilaian secara tidak profesional. Bahkan, mungkin meningkatkan peratus dosa si pelaku(astaghfirullaha’azim). Semuanya menunjukkan ketidakpastian, cuma didorong oleh perasaan dan emosi ketika itu.


Firman Allah dalam surah Hujuraat  ayat 12,

Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. )Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (49:12)


Jika anda perhatikan betul-betul, keempat-empat contoh dialog tersebut memberi kesan yang cukup mendalam kepada si pelaku. Why? Coz, ia mengotorkan hati si pelaku dan menjadikan jiwa serta kelakuan tidak tenang kerana dipenuhi syak wasangka terhadap orang lain. 


"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)


Memang tak peliklah bila kita sering rasa jiwa resah, gelisah dan tak tenteram. Sebab hati kita telah dipenuhi titik-titik hitam dek kerana asyik berperangsangka buruk terhadap orang lain!!! So, lepas ni kalau hati tak tenang cek balik diri dan jangan asyik mencari salah orang lain……….


Allah berfirman dalam surah al-A’raf ayat 200-201,

Maksudnya: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar).” (7:200-201).

M..U..H..A..S..A..B..A..H…D..I..R..I………………
Wallahu’alam.


Si hina:
Wardah Addin
       Cactus Merah Jambu



2 comments:

  1. rosakknya roh kita kerana hati..cederanya jasad kita bermula daripada perut..semoga kita sama-sama beristiqomah dalam melakukan kebaikkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. SETUJU dengan PeRdu cINta...

      aminx3..insyaAllah kita sama2 berusaha meletakkan posisi kita dalam kebaikan..

      Barakillah..

      Moga Allah Centa...

      Delete