“Makan kat warung Pak Mad atau Abang Azmi?”
“Warna merah cantik
tapi warna hitam pun cantik, nak beli yang mana
ni?”
“Emm, hari esok nak
pakai baju mana ea?”
“Semalam, baca
al-quran 1 muka surat.Hari ini baca al-quran 2 muka surat. Alhamdulillah hari
ini lebih baik dari semalam.”
“Kau tahu baju kat
kedai tepi jalan tu mahal gilerr..baik aku beli kat pasar malam je. Rupa lebih
kurang jer.”
Sedar atau tidak
dalam sehari- hari kita telah banyak membuat penilaian. Macam-macam yang kita
kita nilai dari nak pakai baju apa, nak makan apa, nak siapkan kerja yang mana
dulu, nak pergi shopping kat mana dan sebagainya.
Emm…tapi ada satu
penilaian yang ramai orang suka sangat buat. Apa ekk?...MENILAI ORANG LAIN..aahaa,
betul x?
Bila kita tengok seseorang,
biasanya kita akan nilai dengan macam-macam cara dan kaedah. Contohnya, riak
muka, warna kulit, kecantikan, harta, cara bercakap dan sebagainya…
Kadang-kadang kita
tak sedar yang kita tengah menilai seseorang dan biasanya kita juga tak sedar
yang syaitan sedang menyucuk jarum sangka buruk(su’ uzzhon) pada orang kita
terhadap orang yang sedang dinilai tu.
Contoh dialog yang sering
terjadi apabila syaitan telah memulakan kerjanya …
“aku rasa dia tak suka kat akulah, tengok riak muka dia pun
aku dah tahu”.
“kenapa dia tak
angkat phone ni???macam tak suka kawan
dengan aku jer”.
“kau tahu semalam
Rissa datang lambat kelas. Aku rasa dia lambat
bangun subuh tu.”
“entah-entah dia tengah cari jalan nak kenakan kau
balik tak?”
Baiklah, sekarang
cuba kita perhatikan perkataan yang telah aku warnakan tu? Apa pendapat korang?
….adakah perkataan-perkataan itu menunjukkan kEaDiLaN semasa proses menilai?
rasa@
macam@ entah-entah…Ini cuma
sebahagian contoh perkataan yang
digunakan untuk membuat penilaian secara tidak profesional. Bahkan, mungkin
meningkatkan peratus dosa si pelaku(astaghfirullaha’azim). Semuanya menunjukkan
ketidakpastian, cuma didorong oleh perasaan dan emosi ketika itu.
Firman Allah dalam
surah Hujuraat ayat 12,
Maksudnya: "Wahai
orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan
itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan
keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.
Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?
(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. )Oleh
itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada
Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." (49:12)
Jika anda perhatikan
betul-betul, keempat-empat contoh dialog tersebut memberi kesan yang cukup
mendalam kepada si pelaku. Why? Coz, ia mengotorkan hati si pelaku dan
menjadikan jiwa serta kelakuan tidak tenang kerana dipenuhi syak wasangka
terhadap orang lain.
"Sesiapa
yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam,
sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika
dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh
hatinya menjadi hitam."
(Hadis riwayat Ibn Majah)
(Hadis riwayat Ibn Majah)
Memang tak peliklah bila kita sering rasa jiwa resah, gelisah dan tak tenteram. Sebab hati kita
telah dipenuhi titik-titik hitam dek kerana asyik berperangsangka buruk
terhadap orang lain!!! So, lepas ni kalau hati tak tenang cek balik diri dan jangan
asyik mencari salah orang lain……….
Allah berfirman dalam
surah al-A’raf ayat 200-201,
Maksudnya: “Dan jika
engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan
kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu
imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah), maka dengan
itu mereka nampak (jalan yang benar).” (7:200-201).
M..U..H..A..S..A..B..A..H…D..I..R..I………………
Wallahu’alam.
Si hina:
Wardah Addin
Cactus Merah Jambu
rosakknya roh kita kerana hati..cederanya jasad kita bermula daripada perut..semoga kita sama-sama beristiqomah dalam melakukan kebaikkan..
ReplyDeleteSETUJU dengan PeRdu cINta...
Deleteaminx3..insyaAllah kita sama2 berusaha meletakkan posisi kita dalam kebaikan..
Barakillah..
Moga Allah Centa...