Friday 14 December 2012

PaRuT DiHaTi...MaSiH BeRbEkAs...

 “Janganlah kita menghapuskan kebaikan-kebaikan kita kepada seseorang semata-mata kerana satu kemarahan kita padanya.”-antara isi kuliah maghrib yang telah aku dengari.  

ASTAGHFIRULLAHAL’AZIM………………………………………............

SenTAAAAAAAAAaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaPPPPPPPPPpppppppppppppppP
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Aku benci kau Maya….pernah hatiku terdetik begini pada sahabatku sendiri.

Buat apa lagi aku nak buat baik pada orang macam kau?…..aku terus menyambung monolog dalamanku.

Aku masih ingat……
Hari itu saat aku sangat sedih, perasaanku berkecamuk, air mata ini terus mengalir tanpa henti……aku mengharapkan kau sudi menjadikan bahumu sebagai tempat aku menumpangkan daguku….aku mengharapkan kau memeluk aku dengan penuh belas kasihan  seperti adik kau sendiri….

Namun, segalanya hancur selepas engkau terus membiarkan aku sendiri……..kononnya, mengharapkan aku tidak bergantung lagi pada kau…..kononnya, mengharapkan aku lebih matang dan berdikari…..SENGAJA!..engkau lebih rela melihat aku merana begitu semata-mata untuk melihat aku membina semangatku sendiri….sedangkan,pada waktu aku tak mampu berfikir dengan waras pun...

Saat itu sehingga sekarang aku rasakan perbuatanmu itu sungguh kejam. Apa salahnya kau peluk aku waktu itu? Apa salahnya kau sediakan bahu kau untuk aku ringankan beban yang sedang aku tanggung? Bukankah selama ini kita berkongsi duka dan suka bersama????
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                  :Allah berfirman,maksudnya   
216.  Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui.(2:216)

Kini……

Hatiku tenang …

Alhamdulillah….

Allah masih sayang pada hambaNya yang hina ini…
Melalui kuliah maghrib yang telah aku dengar baru-baru ini (biiznillah)……

Segala persoalan yang aku simpan dalam benakku itu telah telah terjawab……

Saat ini aku mengerti, mengapa kita yang bergelar muslim ini perlu berbuat baik kepada orang lain?…inikan pula berbuat baik pada orang yang telah menyakiti hati kita...jawapannya adalah kebaikan yang kita buat itu adalah untuk diri kita sendiri….

Apa yang kita dapat dengan menyimpan dendam kepada kepada orang lain????kita hanya memudhoratkan diri kita sendiri…kita hanya menambahkan kekusutan dalam hidup kita….kita hanya memperbanyakkan titik hitam pada hati kita….hati kita semakin tidak tenteram...

Tetapi,apa yang kita dapat bila kita memaafkan orang yang berbuat salah pada kita?(anda pernah tak memaafkan orang yang pernah buat salah kat anda?....kalu pernah, cuba selami semula perasaan waktu tu….cuba ingat kembali saat anda memaafkan orang tu……….

Kalau anda tak pernah ada pengalaman memaafkan orang, cuba fikir sejenak, adakah masih ada dalam memori anda, masih tidak melupakan seseorang yang telah berbuat salah pada anda? Kalau ada, cuba memaafkannya dan cloroxlah parutnya sekali…..dan anda akan dapat rasakan getaran halus pada hati dan perasaan yang sangat istimewa itu…SANGAT SUSAH DIGAMBARKAN!!! NAK TAHU??? CUBALAH SENDIRI!!!

p/s: aku mungkin hanya dapat merasakan secebis dari perasaan istimewa itu dek kerana hatiku yang kotor. Namun, ia still ketenangan yang luar biasa buatku…

Si hina:
Wardah Addin
       Cactus Merah Jambu

No comments:

Post a Comment